Monday, 28 May 2018

TESL. UNISZA. CAN I?

Hi and Assalamualaikum everyone!
This is my first time Im writing blog and the topic that I would like to share is about TESL. Hope it is really useful to everyone and yeah, here we go! :)

So first of all, why I choose TESL? 

Bila sebut TESL ni, ade dua jenis manusia yang akan bagi respon;

1) HAH? TESL? APETU?
2) OOO, TESL...........

Jadi, korang kena tahu lah apa itu TESL.
Yang tak tahu buat research dulu jangan main hentam je.
So,
TESL ni adalah Teaching English As A Second Language (TESL) 
Apetu? Haaa. Gini, macam aku first language aku adalah Malay and course ni macam nak didik diri dan ajar orang lain untuk jadikan English tu bahasa kedua.
Course ni lebih kepada cikgu tapi kalau takde passion dan jugak patient, better jangan.
Boleh je jadi translator ke, writer ke, etc atas minat sendiri. Kita je yang tahu minat kita.
Haaaaa gittew.

Hah, balik kepada soalan. Aku pilih TESL ni sebab aku minat English so adik adik yang mana ada minat dengan Bahasa Inggeris ke, nak jadi cikgu ke tapi tak dapat IPG ke boleh la try TESL ni. Tapi, dengan syarat kelayakan kena A la subject BI masa spm at least A- pun dah okay. So, sebelum ni aku belajar dekat satu u di Terengganu iaitu, UniSZA. Kenal? Tapi dekat UniSZA ada diploma je and kalau nak sambung degree TESL jugak, kena apply dekat u lain, contohnya UPSI ke, UKM ke, UPM, etc.. 

Tapi serious aku cakap, aku bersyukur sangat dapat belajar TESL dekat UniSZA ni sebab tempoh belajar tu just 2 tahun haa so kau tak payah bazir bazir nak belajar diploma sampai tiga tahun setengah. Jimat kan? Eh terpromote pulak ;P 

But....... 

Kena struggle lebih la sikit sebab cuti tak panjang, sekali exam banyak subject dan kelas kadang kadang memang padat. But for me, it worth la kan. Kau STUDENT kot :D
Dont worry. Aku kadang kadang pun pissed off gak, tapi alhamdulillah boleh survive. Dah habes dah pun, pejam celik pejam celik dah dua tahun and now tengah tunggu result upu untuk sambung degree.

Boleh ke aku? Boleh ke aku?

Okay.

Aku pun masa nak apply upu dulu, ni lah soalan yang duk berlegar dalam otak. Boleh ke aku? Dengan orang sekelilingnya yang cakap boleh ke kau amik tesl ni? Baik amik yang senang senang je. Pendidikan awal kanak kanak ke, kulinari ke. So masa tu memang aku hampir give up but aku isi je sebab masa tu memang aku taktahu nak apply ape. Ni future kau weh, kau yang hadap so memang kena teliti habis la. Alhamdulillah la masa tu aku apply and ikut je kata hati aku. I set in my mind, kalau aku dapat that mean aku layak and aku kena usaha.

Bila aku dapat je, aku punya nervous tak payah cakap la. Sampaikan masa otw nak pergi daftar tu, aku boleh pergi cakap kalau sesat tak jumpa mana UniSZA pun takpela. HAHA. Apebenda la.

First class? Haaa amik kau. SEMUA SPEAKING. Dah memang la. TESL kot. Aku ni dahla jenis low self esteem sikit but guess what? Bila dah terbiasa dengan keadaan macam tu, you will improve your confident level, tak malu nak present (Tesl ni banyak presentation, kadang kadang dalam seminggu tu adalah dalam 2-3 presentation but no worries, semua manusia sama je and semua yang ada dalam kelas tu adalah pelajar dan sedang belajar macam kau so pendek kata bukan kau je yang nervous :), kau akan belajar banyak benda baru, dimana kau kena tahu, nak jadi cikgu ni bukan senang. Kena belajar bab psychology, lesson plan tu memang wajib la kan, technology, belajar handle event and kau jugak akan belajar taw pasal students yang ada masalah bertutur dan macam macam la. Yang aku boleh cakap, Tesl ni best as long as kau minat and kau layak untuk benda yang dapat tu, go on je. At least, kau dah belajar sesuatu yang baru.

Nasihat aku untuk yang berminat atau pun rasa diri tu layak tapi tak tahu mampu ke tak.

AS LONG AS YOU HAVE POTENTIAL AND PASSION, BE BRAVE TO START SOMETHING NEW. Indeed, you are no longer a school student. Belajar buat keputusan, jangan takut untuk mencuba sebab setiap manusia ni ada kelebihan masing masing. Jangan expect orang lagi hebat dari kita tapi belajar untuk jadi hebat agar kita boleh jadi hebat dari yang hebat. Faham?

And kepada yang dapat course yang kau tak minat, tapi nak berhenti, give up atau dah takde semangat nak belajar, 

Tolong set dalam diri kita, kita boleh. Belajar ni takde yang senang. Yang senang kau duk rumah tidur lepastu bangun tengok orang dah berjaya pakai ferrari ada anak bini duit tak habis nak makan. Haa, yang tu senang! COME ON!!! orang yang dah berjaya tu pun bersusah dahulu baru bersenang senang kemudian. Bila kita dapat sesuatu tu maksudnya tu anugerah dari Allah dan tak semua orang mampu dapat. Try to appreciate what you get and try to make it worth and biar benda tu ada nilai dalam hidup ni. Jangan lepaskan peluang yang ada depan mata. Bila kau dah dapat benda tu, maknanya kau mampu, kau layak. Dan banyak mana pun dugaan datang; masalah kawan ke roomate ke financial ke just face it. Tu adalah ujian dan proses kehidupan. Hadap, jadi orang kuat dan berani! Haih, emosi pulak aku. Haha.

So, I think that all. If you have any questions you may ask at comment below or directly email me at ;
nninque98@gmail.com

See you!
ciknnin, 29052018

TESL. UNISZA. CAN I?

Hi and Assalamualaikum everyone! This is my first time Im writing blog and the topic that I would like to share is about TESL. Hope it is r...